spm result : lompat atau jatuh terduduk atau kedua duanya?

assalamualaikum.

saje nak buat post ni bersempena terkeluarnya result spm semalam. wahh gituuuu.

to be honest, im very proud of my dear juniors yang telah mengharumkan nama sekolah dengan begitu wangi *kembang hidung*
21 orang straight a+. mana nak dapat dik oiii !
ehh ini bukan riak. but they deserved it.
because i know betapa terseksa nya jiwa raga sebelum spm tu
dan alhamdulillah Allah nampak usaha kami :)

congrats to all quints and teachersssss *appppppllllaaaaauseeeee*
#GGSTF !

yeah spm is not everything but from spm you can start mencorakkan hidup yang awak bakal lalui for another 20 or 30 years maybe *smile*

dan for those yang maybe tak puas hati dengan result tu, take a deep breath and remember dah banyak kan nikmat yang Allah bagi kat kita, mungkin Dia tak bagi rezeki masa spm tapi ketahuilah yang Dia saja je postpone rezeki tu masa awak betul betul perlukan. who knows kan? :)

jangan sedih sedih lagi okay. tak macho ah nangis nangis ni *mengata dulang paku serpih kihkih*


haa dah baca dah hadis kat atas ni?
eh kenapa nak kena tanam pokok kurma? kenapa bukan benih jagung ke? benih tembikai ke?
biji kacang hijau ke yang hari ni letak dekat kapas basah esok dah boleh makan taugenya. ehh.

menanam benih kurma satu simbolik yang merujuk ke arah satu perkataan iaitu USAHA.

see see. ada Rasulullah cakap pasal buah kurma yang masak ranum ? takkan. Baginda just mention pasal usaha bukan resultnya.
kerana apa adik adikkkkkk?

kerana Allah itu memandang pada usaha bukan pada hasilnya :)

i believe everyone dah buat sebaik mungkin untuk spm hari tu kan. tipu la kalau ada kat sini yang 'alah spm je pon. kalau tak lulus pon ada gak orang nak kawin dengan aku'. ehh. kot kalau ada meh sini datang beranang akak tarbiyah sikit. hewhew

usahalah sampai satu tahap awak yakin awak takkan cakap 'kalaulah aku tak sibuk bertweet and study semalam mesti aku dapat jawab' haaa cenggitu sekali (Y)

atau mungkin tak puas hati jugak. hari hari nangis sambil nyanyi 'tell me whyyyyy?' cuba refleks balik amalan kita seharian. mungkin ada lobang di sana sinun yang kita sendiri tak perasan. atau mungkin juga hubungan dengan manusia kita kurang jaga ke kan.

habbuluminAllah wa habluminnanass :)

yang dah lepas tu biarkan lepas. nak tunggu pelangi keluar pon kena ada hujan dulu jugak kan. unless kalau korang pergi spray air masa tengah hari buta tu la .-.

yosh ! ayuh teruskan hidup dengan lebih cemerlang. and remember segala rezeki tu Allah yang bagi. nak Allah bagi rezeki banyak banyak kena lah kamceng dengan Allah dulu kan :')

semoga berada di bawah lindungan Allah
assalamualaikum :)

further explanation -----> siniiiiiiiii

my very own jad interview story :)

assalamualaikum, since traffic sangat sesak dekat post JAD-YPM TIPS ni, maka hakak (gituhhh) beranggapan korang yang dapat interview ni sangat memerlukan segala tips
so i promised myself to write something bout that
may it helps all of you serba sedikit :3
(bajet taw hakak ni -.-)

first of all,
congratulation kat korang korang si permata yang dipilih yang telah ditetapkan Allah untuk berada selangkah di hadapan mendekati kehidupan dekat JAD ni. *clap clap sikit* korang ni kira tensaitachi (baca = para genius) la kan sebab dipilih ikut result trial. cenggini haaa powernyaaa (Y)

actually akak tahu korang punya interview dah dekat pon sebab lecturer akak cakap dia takde and pergi ipoh for a week untuk interview bakal choukouhai (baca = super junior) kitorang ni. sampai hati sensei tinggalkan kami yang nak final ni untuk choukouhai T.T tapi serious ah lecturer akak tu baik gilaaaaaaa. okay tak baik cakap orang gila. tak tak. dia baik lagi awesome lagi kacak. kalau dapat interview dengan dia nanti bebudak ipoh sekalian, ha boleh la berkenalan. haha okay stop it -.-

banyak pulak bebel minah ni .-.

lets start the story. insyaAllah apa yang akak ingat akak tulis okay. almaklumlah cerita dua tahun lepas heee :B

my interview was at mjii ni (nama dulu kktm beranang). padahal duduk pahang. mengada sangat kan nak interview jauh jauh *peace* so kiranya ni centre dia la. and of course candidate lagi ramai dari tempat lain. even the interview pon lagi banyak sesi yang mereka pecahkan.
akak dapat sesi pagi.

(peringatan : tolong check tempat interview sehari sebelum at least if not nanti sesat macam akak pastu lambat pastu masuk hall masa seua orang dah ada. okay itu malu T.T)

tak lama lepas itu the session started. start dengan briefing. cerita history jad sikit sikit. korang boleh tengok brochure dia bagi nanti (kot ada lah). pastu kan ada dua course wakeru mechanical and electrical engineering. dia akan terangkan everything lah. lepas tu dorang tanya anyone got serious disease. heart problem asthma ke. akak ada resdung je. nak bagitahu pon segan kehkeh. pastu selesai briefing, kitorang start testo yangmath, phy dengan chem eh (tak ingat T.T). dalam satu paper tu combine semua. nak kata senang tak jugak. susah pon tak jugak. tapi kalau korang study insyaAllah score punya ! :)

lepas settlekan semua tu, start pecahkan kepada beberapa panel. if im not mistaken akak dapat panel 4 candidate last third. dalam group akak tu ada dua orang je perempuan termasuk akak. al maklumlah engineering kan. pastu tunggu la turn dekat LT tu sampailah dorang panggil nama kita. masa tu kichousugiruuuu (baca = cuak gilaaaa). ambik kau kaki semua nak shaking bagai. akak nasihatkan korang borak lah dengan panelmate korang tu supaya release sikit. nak bagus sikit baca lah AlQuran ke. kan ke Al Quran tu penenang hati :)

tengah tengah borak , staff ypm panggil nama akak suruh naik atas (atas sekali okay, tingkat 4 !) pastu duduk la kerusi kat luar tu dulu tunggu turn masuk bilik. fyi, thats my very first time pergi interview. except yang masa interview prefect kat sekolah dulu lah. so boleh imagine la cuak dia macam mana. nassib baik ada fawa, schoolmate akak kat situ. boleh la nak berkongsi kecuakan tu. pastu kenal kenal budak kat situ. sambil dengar panel and candidate kat sebelah bergelak ketawa. seronok sangat ke interview ni? ._.

MY TURN. ketuk pintu, bagi salam, dia suruh masuk baru masuk. ala basic semua tu korang tahu kan. masa tu panel akak ada tiga orang. dan semua PEREMPUANNNNN! baru je nak rasa anshin (baca = selamat) tapi rupanya jangkaan akak meleset T.T takde waktu nak bergelak ketawa pon :( when girls meet girl yes, memang mencabar.

introduce yourselves  : 
assalamualaikum, my name is .........

apa yang awak tahu pasal program ni? : 
err. apa yang saya tahu.....

so why choose japan? why dont uk or maybe germany or what? : 
blablabla.......

so awak ada apply sholar lain selain daripada ni? : 
ada saya apply jpa

then, awak pilih jepun jugak? : 
tak saya pilih germany

eh tadi awak kata awak suka jepun sebab orang dia disiplin, hi-tech country semua then ni kenapa pilih germany pulak? : 
err, saya (habis semua jawapan bantai keluar ._.)

awak ambil bahasa jepun kat sekolah ye? boleh tunjuk sikit? pergi kat whiteboard then tulis "私は日本へ行きたい。:
*akak pon pergilah dan tulis satu satu. ada je yang lupa pastu tinggal kosong. haha. 
(amaran : study lah wahai adik adik. jangan ikut akak yang pemalas ni*

awak pilih mechanical kan? kenapa eh? kenapa bukan electrical : 
sebab menurut abang saya, mechanical lebih luas skop dia dan...... (jawapan sangat kurang pandai dan terlalu lurus)

so, give me any law related to mechanical : 
oh sorry im forgot, i think we only learn something related to electrical at our high school *jawapan paling tak terkata kekurangan kepandaiannya sebab akak just ingat segala yang kita belajar masa for 5. padahal time form ada je belajar pasal mechanical T.T*

you hve learned bout inertia right? so terangkan dekat saya newtons second law : 
errrr.....(terkebil kebil sambil buat muka comel)

*this one come from one of the panel : eh awak nak nagis ke? jangan lah nangis. relaks relaks tarik nafas semua* 
padahal akak cuak teramat dan berasa sedih sedikit sebab their tone macam kena torture pasal persoalkan itu ini tu kihkih

tak ingat? haih awak ni. so tell me bout ohm law? : 
*again jawapan hentam macam ape*

last question, kalau kami just ada dua lagi kekosongan, antara budak lelaki kat luar tu dengan awak, 
kenapa saya kena pilih awak? :
*maka bermulalah jawapan yang sangat riak dan takbur. astaghfirullah. dan disebabkan dia sabetsu (baca = diskriminasi) bout gender, memang lagi berkobarlah akak jawab kihkih*

tu lah antara soalan dorang yang akak ingat. dan lepas selesai semua tu, maka kami dibenarkan pulang. dan masa nak turun bawah semula tu akak sesat. shame on me. semua salah mjii ni bangunan pusing pusing -.-

dan dalam sebulan lepas tu, got a call from them cakap yang akak dapat offer tu. seronok tak terkira walaupun masa tu dah berangan nak sebilik dengan kawan dekat palam. sebab tengok pada interview akak yang macam hampeh tu memang takde harapan. tapi sesungguhnya rezeki Allah tu luas. and everything Dia dah tetapkan before kita lahir lagi kan :') got the offer letter bagai dan mendaftar pada 28 March 2012 as 2nd batch of MJHEP (nama baru JAD) . Alhamdulillah :)

untuk para genius ni akak percaya korang dapat banyak offer kan? whatever you got, just ask Him which one better for you. do istikharah dan insyaAllah jawapan dari Allah itu adalah yang terbaik :)
if ada yang mak ke ayah dia tak nak dia fly ke (macam akak ni) tapi korang nak join kitorang kat sini, try to convince them. ala, nanti sampai masa nak fly dah 21 tahun pon. dah besar besar semua dah boleh urus diri memasing kan. well by choosin this programme, awak bukan setakat dapat ilmu dunia, ilmu engineering, ilmu bahasa jepun dekat sini tapi insyaAllah awak akan dapat ilmu akhirat sekali. busy tu tak dapat deny la. mana ada prep yang tak busy kan. lagi pulak programme ni kira yang fast track la lebih kurang. 1 year matrix, 2 years diploma and 2 years degree. mana nak dapat kan hehe.

dan sungguh akak cakap, joining this programme is the best choice i ever made :)

semoga kita berjumpa di tanah beranang ni :) and this week batch akak dah start final exam for our forth sem. doakan kami lulus semuanya okay ! thank youuuuuuu :)

bye uolls. harap membantu lah yek. assalamualaikum.  :)

p/s : tolong bawa document lengkap. jangan mengada ngada nak tertinggal pula eh. check list make sure complete. nanti kena tolak markah padan muka haha XD
p/s 2 : segala kesalahan grammar atau vocab atau apa apa lah harap diampunkan. almaklumlah, orang dan 2 sem tak belajar english hehe :B
p/s 3 : kalau korang perasan akak just speak in english masa introduce yourselves je. tapi masa tu memang multilanguage. ikut soalan panel dalam bahasa apa. masa tu lah. sekarang akak tak taw heee.

がんばれ!日本一緒に行こう!:)

takmo marah marah, senyum sikit :)

assalamualaikum. lama tak post kat blog ni. wah bersawang *lap lap guna kain tudung*

hari rabu baru ni ada usrah dengan kak aar. just a short one actually since its ramadhan and terawih kat sini habis around 1030 macam tu. sebab yang imamkan terawih is budak hafiz mana tah. wahhhh. tak boleh kalau hafiz hafizah ni. rasa macam salute gila kat dorang. hihi :)

and our topic for this week is Jangan Marah !

lets back tu our Al-Quran and Sunnah. tapi now kita tengok apa Rasulullah cakap dulu okay :)

نْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
see. dua kali Rasulullah cakap. la taghdab. la taghdab. jangan marah. jangan marah. kenapa ek agak agak?
situation
ada si A dan si B. suatu pagi. si A dapat call yang mengatakan bahawa dorang ada meeting pagi tu. si A ni ounya la gelabah. sampai sampai office dia terus tinggal kereta macam tu je. block kereta orang lain. since parking full at that time. dia just tinggal no ohone dia kat wiper so that if tuan punya kereta tu nak keluar, call dia and dia akan alihkan. then dia pon pergi meeting tu. and adat meeting kan. mesti la kena silent phone. alhamdulillah meeting berakhir dengan baik. tapi malangnya tengok tengok phone ada 10 miscall. dari no yang sama. dia try call balik and it was si B. si B ni nak keluar. and dia dah call dari tadi tapi si A ni plak tak angkat angkat. si A terus turun, say sorry kat si B and alihkan kereta dia. what happened after that is, si B cakap macam ni "saya rasa awak dah block kereta saya nak masuk 4 kali. sekali lagi awak buat, saya pecahkan tingkap kereta awak" dengan nada yang tinggi. si A apa lagi. memang kecut la. public area, kena tengking. okay siapa je tak sedih. malu and macam macam la, si A say sorry and naik atas terus pergi toilet and nangis semahu-mahunya.
sorry tak reti nak cerita sebenarnya. tapi rasanya semua orang pernah rasa keadaan yang lebih kurang macam ni. kena marah dan memarahi. siapa yang tak pernah marah tu memang daebak gile (Y) !
kalau awak berada kat tempat si A , what will you do? as for me memang nanagis la. sebab saya ni memang pantang orang tinggi suara sikit. especially dengan orang yang kita kenal. tapi kalau dengan stranger opposite sex oh memang tak la i nak nangis kat situ. memang i rebel je la. haha.
what about si B? memang patut marah. siapa je yang tak marah bila orang buat mcam tu? da la block pastu tak angkat phone plak. kalau saya memang berasap la. lagi pulak kalau masa tu kita rushing. ada emergency ke. tah tah ade ahli keluarga tengah tenat. and sebabkan tu tak sempat nak jumpa buat kali terakhir. haaa. kan ke haru tu. 
sebenarnya tak kisah la A ke B ke. cuba fikir balik worth ke kalau kita marah orang tu? ye mungkin akan terlepas la kemarahan kita masa tu. tapi cuba fikir pasal orang yang kena marah masa tu. dia akan sakit hati. dan sakit hati dia tu tak mustahil untuk berlanjutan. somehow dendam mungkin. entah lah. tapi kesian kan kat dia. mungkin dia tak sengaja. and kita tak taw condition dia hari tu macam  mana. who knows kalau dia tak letak kereta kat situ tah tah dia kena bunuh. kot dia kena kejar dengan pembunuh bersiri ke. haha. merepek jap.
takut kan kena marah dengan manusia ni. hebatnya Rasulullah yang sbar tu. yang tak marah pon bila budak budak kecik baling dia dengan batu yang sampai bertakung darah dalam sandal dia. Subhanallah. hebatnya kekasih Allah ni :')
oppps satu lagi. cuba pikir. marah Allah pulak macam mana ek? agak agak mampu ke kita nak face? dengan manusia mungkin bole rendahkan ego minta maaf dan berbaik semula. tapi dengan Allah  bila dah sampai kat Mahsyar sana. haa sudah. agak agak kalau minta maaf Allah layan? wallahualam. yang penting sekarang ni Ramadhan kan. ambil berkat bulan Ramadhan. jangan sia sia kan. for the boys, awak sangat beruntung sebab boleh puasa penuh. and kalau sambung dengan puasa 6 bulan Syawal nanti dah boleh dapat pahala puasa setahun. Pemurah kan Allah kita ni :) tapi for girls pulak. jangan risau. banyak lagi boleh dibuat sebenarnya even period pon. dengar bacaan alQuran, zikir, selawat, sedekah. tak pun belanja la kawan kawan yang puasa tu. besar taw pahal sediakan makanan orang berpuasa :)
akhir kata, update niat kita. puasa kerana Allah. kerana redhaNya. sebab nak syurgaNya. sebab nak semua ganjaran yang dijanjikanNya. jom lemaskan diri dalam lautan pahala :)
p/s : satu huruf yang kita baca sama dengan 10 pahala. AlQuran ada 114 surah kan? ayat 6000+ tak silap. huruf? mak aihhh. banyak nye lebih daripada bilangan rambut kita gaknya. amalan sunat pada bulan Ramadhan dapat pahala amalan wajib. dah kalau amalan wajib berapa pulaaaaakkkkkk :O banyaknyaaaaaa. kira guna jari tangan plus kaki semua memang tak cukup lah XD

set your Ramadhan resolution and aim for it. gambarou !

assalamualaikum :)