renungan buat semua wanita dan wanita-to-be :)
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:
“Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah dan kami temui
beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “mengapa tuan
menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “pada malam aku di Isra’kan
kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan… maka
bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi,”wahai
Rasulullah apakah yang tuan lihat?”
Beliau bersabda:
» Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
» Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari
punggungnya sedangkan air yang mendidih dari neraka dituangkan ke
kerongkongnya.
» Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
» Wanita yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah
ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala
jengking.
» Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
» Wanita yang memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka.
» Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
» Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya
mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya
membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
» Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata
kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita2 itu.”
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Wahai Fatimah, adapun tentang :
» Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.
» Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati
suaminya dengan kata Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang wanita
yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan
membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’ kemudian akan
mengikatnya dibelakang lehernya.”
» Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
» Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia
keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh &
nifas.
» Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka
bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban
orang.
» Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting
dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal)
dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat
perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat
perhiasannya.
» Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya
sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking
kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu
berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
» Adapun
wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti keldai
kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.
» Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
something to say here:
jika ada antara kita yang terasa mereka pernah melakukan salah satu perbuatan di atas, segeralah kamu meminta maaf kepada yang berkenaan dan juga Allah, pencipta kita.
semoga maaf kita semua diterima. Amin. InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment