ada patung rumah xmasuk malaikat?

assalamualaikum.

tadi jenguk kat group LET'S TALK ABOUT ISLAM jap. ohh actually bukak" je grup tu tadi, ingatkan grup SBP94. tapi yang peliknya. asal sume topik mcm islamik ni? malam ni dorang discuss pasal hukum hakam pulak ke? p/s : saya slalu bukk grup sbp94 tu tapi jrg sgt cmmnt2 kat ctu. sbb nanti mesti noty banyak giler kann. haha :D

okay. back to topic. hukum ada patung dalam rumah. mcm yang aku pernah post before this. mak aku nak bakar all my teddies sebab dia kata nanti rumah tak masuk malaikat. for more info tengok laa kat entry aku TEDDIES tuu . tapi kan mase aku duk usha2 page grup tu. ada sorang muslimah ni tanye. ecehh muslimah. haha. ala ala camni laa soalan dye :
salam. nak mintak pendapat. sebenarnya, boleh ke tak peluk teddy bear atau anak patung masa tidur?
haa. walaupun soalan dia tu tak direct to the point pasal hukum ada patung dalam rumah ni tapi agak membantu laa. at last, aku taw laa jugak kann.
 Hadis A:
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Tidak akan masuk para malaikat dalam rumah yang ada anjing, dan tidak juga yang ada patung.[126] 
 Hadis B:
Berkata A‘isyah radiallahu ‘anha:
            Sesungguhnya aku biasa bermain dengan anak-anak patung aku di sisi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Apabila rakan-rakan aku datang (untuk bermain sama) mereka beralih pulang kerana takut kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memanggil mereka kembali (untuk bermain-main) dengan aku.[127]
Hadis A menerangkan bahawa para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada patung di dalamnya. Ia menunjukkan bahawa menyimpan patung dan anjing di dalam rumah adalah suatu perbuatan yang tidak diredhai oleh Islam. Akan tetapi Hadis B pula menerangkan bahawa A‘isyah radiallahu ‘anha, salah seorang isteri Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, biasa bermain-main dengan anak-anak patung di dalam rumahnya. Rasulullah hadir bersama dan tidak pula menghalang, malah menjemput rakan-rakan A‘isyah untuk datang bermain sama. Nampaknya berlaku percanggahan antara Hadis A dan Hadis B.
Jika diperhatikan benar-benar Hadis A, akan didapati bahawa yang dilarang adalah al-Tamathil iaitu patung (statue) yang diukir dari batu, kayu atau apa-apa objek keras lainnya. Ini sudah tentu berbeza dari anak patung (playing doll) yang dijadikan mainan oleh kanak-kanak yang di zaman itu diperbuat daripada jahitan kain dan sebagainya.
             Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir. Sekalipun seseorang itu tidak menganggap patung tersebut sebagai tuhan dan tidak menyembahnya, ia tetap ditegah kerana Islam bukan sekadar melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik. Lebih dari itu malaikat juga enggan memasuki rumah yang mempunyai patung di dalamnya dan ketiadaan para malaikat menjauhkan rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
               Akan tetapi Islam sedia memberi kelonggaran dan kemudahan hukum kepada anak-anak kecil yang memiliki patung sebagai alat mainan kerana bagi anak-anak, patung-patung tersebut tidaklah memiliki sebarang nilai sembahan kecuali sekadar alat mainan sahaja.[128]
okay get it? memang laa aku bukan 'anak kecil' tu. tapi sekurang-kurangnya still aku buat main je kann. bukan nye buat sembah or ape-ape yang berkaitan. hehe. conclusionnya, xperlu laa aku bagi orang lain kann teddy" tu sume. weee. sukesukesuke XD ohh ohh. kalau rase nak lagi clear tngok kt SINI PULAK:)
dont worry saya xkan bagi awak kat orang laen:)
 # MR. nak doodolls laaa. si cupido tu. reddish twin pun bolehh:)

No comments:

Post a Comment