anak felda XD

ALERT !
this post gonna be a long one
be prepared !

even menda ni nampak macam simple or maybe ada yang rasa it just a simple thing dear. kenapa nak kecoh sangat. but somehow it showed me what is life. seriously.

tak payah nak serious sangat la -.-

actually nak cerita pasal lawatan sambil belajar ke ladang sawit mak abah. yes. sambil belajar erti kehidupan sebenar. waaaaaahhhh *muntah*
banyak sangat benda nak share. tapi takda orang nak dengar cerita kita T.T maka saya bercerita pada diri sendiri. pedulik hape. huh -.-

jakun? memang jakun pon. sebab ni first time tolong yang betul tolong after nearly 19 tahun kau hidup azlin -.- teruk teruk. dulu ada pergi juga. tapi apa je yang nak dibuat. saya tak berdaya untuk melakukan apa apa selain bermain pondok pondok *terasa perempuan* oh btw, that 'dulu' tu masa primary kot. masa kat stf dulu macam takde je time cuti tu pergi ladang. anak tak guna betul =='

tudung indon, tshirt pink, trackbottom, dan sport shoes zaman muda mudi dahulu, mula bergerak dari satu pokok ke satu pokok. tetiba ada bunyi yang agak scary. bila turn belakang nampak lembu, lembu, lembu dan lembuuuuuuu. mereka ada di mana mana? meragut daun pelepah sawit dengan rakus. sambil mata menjeling kami. gosh ! terasa insecure. dia pula merenung. 'mak ! mak ! tengok la lembu ni' hanya itu yang mampu ku ucapkan. si lembu makin mendekat. kurang ajar. dia tahu aku takut dengan dia. tetapi kenapa merenung? tergoda? ehh jangan aku sudah berpunya ! jap jap. am i wearing red? no, pink. jangan cakap lembu ni macam askar. jambu. uisshhh. seram ><

tugas aku apa je. kutip biji sawit yang perui. perui tu macam yang dah terkeluar dari buah asal dia. macam biji kecik kecik tu laa. bila takda biji perui, lepak la. apa lagi. lepas tu mula la cerita kat mak abah pasal ke-dismiss-an dia, ke-kalau-an aku keluar jad nak suruh ambik apa, kegatalan nak kahwin awal kalau tak lepas jad and so on. banyak. banyak sangat. kalau kat rumah ni takda nye nak borak banyak macam ni.

penat memang penat. 1st day kami balik pukul 2. padahal banyak lagi tak siap. tapi terpaksa la buat hari lain pula. zohor dah panjang. tengok abah dengan mak semua dah penat. aku lagi la. buat kerja tak semena. mengeluh je banyak. hihi. bukan apa. sekarang kan cuaca panas. memang berpeluh hingga melekit la. dengan semut yang tertarik dengan kemanisan aku lagi. dengan tangan kena duri sawit. ouchhhh. sakit wooo ! tak tipu ! lagi lagi bila kena air. perggghhhh wa cakap lu. actually, lukanya less than 10 cm. tapi biasa ahh. drama lebih. nasib baik mak dah kenal sangat anak dia ni. mak buat tak layan je. sad life T.T

bila cakap pasal future life, mak akan cakap

awak tengoklah macam mana susahnya nak besarkan awak semua ni. dulu lagi la. pagi menoreh getah. petang pergi kebun sawit. mana nak tahan badan ni. tapi sebab anak anak nak sekolah. kena juga la. awak belajar la elok elok.

pastu abah sambung.

kalau jadi macam mak abah ni takda pelajaran tengok la jadi macam mana. tengok orang ada pelajaran. tak payah nak keja macam mak abah ni dah. duduk rumah je. duit pencen pon ada. tak yah kerja susah susah umur dah 60 lebih ni.

berfikir sejenak. semuanya benar benar belaka. tetiba rasa macam aku ni burden ke. sebab dulu suka mintak macam macam kat mak abah. dorang belikan je. tah tah masa aku kat sekolah mak dengan abah tak makan entahnya. hmm. sebak ._.

bila fikir balik pasal jad ni. alhamdulillah. beruntung. at least mak abah tak payah nak spend money kat aku sangat. maybe sebulan dua tu ada la se dua ratus mak bagi. tapi tu optional. takde pon takpe sebenarnya. alhamdulillah setakat ni dengan duit elaun tu still boleh survive. bole je hidup lagi. takda lagi la tak makan sebab duit takda. i mean takda dalam bank. nauzubillah.

serious, this 'trip' banyak sedarkan aku yang jahil ni. sekurang kurangnya dapat rapat lagi dengan mak abah. share apa nak share. sumpah best. dengan abah yang suka usik mak nya. terima kasih ya Allah. walau aku hidup tak senang macam orang lain tetapi kami ada ibu bapa yang perah keringat pagi petang, sanggup berkorban demi anak dorang. memang duit harta tu penting. tapi as long as ada kasih sayang yang mengalir dalam keluarga, insyaAllah susah senang bersama.

tapi bila fikir balik pasal phone yang hilang tu rasa terkilan sangat. mesti abah pun terkilan. nak dapat rm600 tu bukan senang senang. rasanya this month punya buah pon macam tak dapat je rm600. since buah sawit sekarang harga dia menurun. buah pula macam tak jadi sangat, kurus kurus je semua. Allah nak uji mungkin. tapi dengan income yang sikit lately, mak abah still boleh survive. siap jalan jalan rumah anak lagi. kuasa Allah :')

lepas ni rasa macam nak pergi lagi. seronok tadabbur alam ni. sambil sambil tu dapat eratkan silaturrahim sesama keluarga. *ayat spm*

btw, mak kata kalau ada rezeki lebih dapat duit perahan tu, mak nak bawa pergi umrah. insyaAllah. excitednyaaaaaaa XD

see, kan dah cakap panjang. banyak lagi nak cerita. tapi penat dah nak tulis. hihi. till then, assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment