hari rabu baru ni ada usrah dengan kak aar. just a short one actually since its ramadhan and terawih kat sini habis around 1030 macam tu. sebab yang imamkan terawih is budak hafiz mana tah. wahhhh. tak boleh kalau hafiz hafizah ni. rasa macam salute gila kat dorang. hihi :)
and our topic for this week is Jangan Marah !
lets back tu our Al-Quran and Sunnah. tapi now kita tengok apa Rasulullah cakap dulu okay :)
نْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.
Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
Hadis
riwayat al-lmam al-Bukhari.
see. dua kali Rasulullah cakap. la taghdab. la taghdab. jangan marah. jangan marah. kenapa ek agak agak?
situation
ada si A dan si B. suatu pagi. si A dapat call yang mengatakan bahawa dorang ada meeting pagi tu. si A ni ounya la gelabah. sampai sampai office dia terus tinggal kereta macam tu je. block kereta orang lain. since parking full at that time. dia just tinggal no ohone dia kat wiper so that if tuan punya kereta tu nak keluar, call dia and dia akan alihkan. then dia pon pergi meeting tu. and adat meeting kan. mesti la kena silent phone. alhamdulillah meeting berakhir dengan baik. tapi malangnya tengok tengok phone ada 10 miscall. dari no yang sama. dia try call balik and it was si B. si B ni nak keluar. and dia dah call dari tadi tapi si A ni plak tak angkat angkat. si A terus turun, say sorry kat si B and alihkan kereta dia. what happened after that is, si B cakap macam ni "saya rasa awak dah block kereta saya nak masuk 4 kali. sekali lagi awak buat, saya pecahkan tingkap kereta awak" dengan nada yang tinggi. si A apa lagi. memang kecut la. public area, kena tengking. okay siapa je tak sedih. malu and macam macam la, si A say sorry and naik atas terus pergi toilet and nangis semahu-mahunya.
sorry tak reti nak cerita sebenarnya. tapi rasanya semua orang pernah rasa keadaan yang lebih kurang macam ni. kena marah dan memarahi. siapa yang tak pernah marah tu memang daebak gile (Y) !
kalau awak berada kat tempat si A , what will you do? as for me memang nanagis la. sebab saya ni memang pantang orang tinggi suara sikit. especially dengan orang yang kita kenal. tapi kalau dengan stranger opposite sex oh memang tak la i nak nangis kat situ. memang i rebel je la. haha.
what about si B? memang patut marah. siapa je yang tak marah bila orang buat mcam tu? da la block pastu tak angkat phone plak. kalau saya memang berasap la. lagi pulak kalau masa tu kita rushing. ada emergency ke. tah tah ade ahli keluarga tengah tenat. and sebabkan tu tak sempat nak jumpa buat kali terakhir. haaa. kan ke haru tu.
sebenarnya tak kisah la A ke B ke. cuba fikir balik worth ke kalau kita marah orang tu? ye mungkin akan terlepas la kemarahan kita masa tu. tapi cuba fikir pasal orang yang kena marah masa tu. dia akan sakit hati. dan sakit hati dia tu tak mustahil untuk berlanjutan. somehow dendam mungkin. entah lah. tapi kesian kan kat dia. mungkin dia tak sengaja. and kita tak taw condition dia hari tu macam mana. who knows kalau dia tak letak kereta kat situ tah tah dia kena bunuh. kot dia kena kejar dengan pembunuh bersiri ke. haha. merepek jap.
takut kan kena marah dengan manusia ni. hebatnya Rasulullah yang sbar tu. yang tak marah pon bila budak budak kecik baling dia dengan batu yang sampai bertakung darah dalam sandal dia. Subhanallah. hebatnya kekasih Allah ni :')
oppps satu lagi. cuba pikir. marah Allah pulak macam mana ek? agak agak mampu ke kita nak face? dengan manusia mungkin bole rendahkan ego minta maaf dan berbaik semula. tapi dengan Allah bila dah sampai kat Mahsyar sana. haa sudah. agak agak kalau minta maaf Allah layan? wallahualam. yang penting sekarang ni Ramadhan kan. ambil berkat bulan Ramadhan. jangan sia sia kan. for the boys, awak sangat beruntung sebab boleh puasa penuh. and kalau sambung dengan puasa 6 bulan Syawal nanti dah boleh dapat pahala puasa setahun. Pemurah kan Allah kita ni :) tapi for girls pulak. jangan risau. banyak lagi boleh dibuat sebenarnya even period pon. dengar bacaan alQuran, zikir, selawat, sedekah. tak pun belanja la kawan kawan yang puasa tu. besar taw pahal sediakan makanan orang berpuasa :)
akhir kata, update niat kita. puasa kerana Allah. kerana redhaNya. sebab nak syurgaNya. sebab nak semua ganjaran yang dijanjikanNya. jom lemaskan diri dalam lautan pahala :)
p/s : satu huruf yang kita baca sama dengan 10 pahala. AlQuran ada 114 surah kan? ayat 6000+ tak silap. huruf? mak aihhh. banyak nye lebih daripada bilangan rambut kita gaknya. amalan sunat pada bulan Ramadhan dapat pahala amalan wajib. dah kalau amalan wajib berapa pulaaaaakkkkkk :O banyaknyaaaaaa. kira guna jari tangan plus kaki semua memang tak cukup lah XD
set your Ramadhan resolution and aim for it. gambarou !
assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment